Sumber: Jelita Edisi Januari 2010
1. Kurang berat badan dengan air
::. Air adalah satu keperluan untuk badan manusia - dalam masa yang sama air dpt membantu mengurangkan berat badan di mana air bertindak memproses dan meningkatkan kadar metabolisme.
2. Waktu makan awal
::. Hasil penyelidikan menunjukkan pengambilan makanan berprotein dan berlemak pada sarapan pagi boleh mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan dan membekalkan tenaga. Tetapi sebaliknya berlaku sekiranya makanan berprotein dan berlemak diambil pada waktu makan malam. Jadi dicadangkan waktu terbaik untuk makan malam adalah sebelum jam 7 petang.
3. Kerap makan, jumlah sedikit
::. Ikut jadual pemakanan dengan makan lima kali sehari. Jadual makan yang teratur dapat mengelak diri daripada terlalu lapar dan makan berlebihan. Bagi makan ringan (kudapan) yang diambil haruslah rendah lemak seperti almond muda, biji labu, plum kering, epal dan cuba kurangkan pengambilan makanan ringan (junk food).
4. Berjalan untuk langsing
::. Salah satu sebab berat badan bertambah adalah kurangnya bersenam atau melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal merupakan kunci untuk memingkatkan metabolisme badan dan membakar lemak dengan cepat. Cara terbaik untuk senaman fizikal adalah memggunakan kaki! Luangkan 30 minit waktu pagi dan petang untuk berjalan sekitar rumah atau pejabat.







